Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for 28 Disember 2021

Salah faham

Hari ni saya baru perasan yang saya telah di block oleh kawan baik saya (AEIOU) di semua media sosial. Saya tak marah, tapi saya rasa kelakar. Kelakar sebab pertama kali dia block saya kat semua tempat. Tadi saya tengok, saya dah tak boleh taip nama dia pun sebab dah tak muncul..

Cerita nya bermula begini..

Cik L dan Encik A adalah kawan lama AEIOU ni. Dan sekarang mereka menjadi kawan saya di media sosial. Ada lah kadang kadang mereka mesej saya nak tanya pasal kerja. Ada sekali tu Cik L dan Encik A berselisih faham. Cik L terasa hati sebab Encik A tidak pedulikan dia dan tak tanya khabar pun masa Cik L positif COVID-19.

Sebagai seorang yang pernah positif COVID, saya bagi tahu Cik L, supaya jangan kecil hati dengan sesiapa yang tak nak dekat dengan kita bila kita dah sihat dan dah negatif. Saya ni, dah 3 bulan sihat, masih ada orang tak mahu jumpa saya face to face.

Dia kata, dia tak kisah orang lain buat macam tu tapi kalau Encik A buat, dia terasa hati dan dalam keadaan ni, ya, Encik A dah buat dia kecil hati.

Saya pun kata, kita menghadapi masalah yang sama. AEIOU pun pernah buat perkara yang sama. Tapi saya tak kecil hati. Mulanya ya, saya kecil hati, tapi saya faham AEIOU ni jenis menjaga kesihatan dan kalau boleh, dia akan elakkan semua benda yang boleh buat dia terdedah kepada jangkitan penyakit.

Cik L kata, tapi, dia nampak saya dan AEIOU macam okay je. Ya, saya dan dia okay, kami berkawan tanpa ada harapkan apa-apa, maksud saya, cukup lah dia jadi kawan saya dan ada masa saya susah. Itu saja. Lagipun, saya lebih tua dari AEIOU, saya sepatutnya lebih matang dan tak ada perangai kebudak-budakkan. Setakat tak mahu makan semeja ke, tak mahu celebrate birthdays ke.. tak mengapa. Tak ada masalah.

Bercakap pasal celebration, ya, saya dan AEIOU tak pernah celebrate apa-apa, birthday dia atau birthday saya sebab selalunya kami berjauhan. Dahulunya kami tidak berjumpa, bertahun. Tak bercakap pun pernah. Sebab saya ni jenis set dalam kepala… kalau dia ni jenis begini, saya okay je, dan tak mahu harap apa apa. Sebab nya, dah biasa.

Tapi, tahun ni lain, AEIOU buat surprise beli kek dan benda tu buat saya terkejut dan tak sangka. Tak sangka dan tak boleh percaya sebab berulang kali dia sebut yang dia tak suka celebration. Sepanjang saya makan kek pun, saya tak boleh nak senyum gembira sebab saya tak mahu dia buat apa apa yang bukan biasa bagi nya, kerana saya.

Saya gembira tapi, saya tak percaya. Itu sahaja.

Hari ini, saya tak tahu macam mana cerita ini sampai ke telinga AEIOU. Cerita yang saya sampaikan kepada Cik L mengenai “AEIOU tak mahu makan dengan saya” dan “AEIOU tak pernah celebrate birthday saya” sebab saya bukan niat nak buka aib AEIOU, sama sekali tidak.

Niat saya, nak berkongsi rasa.. sepatutnya ianya akan di lihat seperti ini…

“Tak mengapa kalau kawan baik kita tak buat semua tu. Dia manusia. Kalau benar kita ni boleh bawa penyakit, tak mengapa lah dia jauhi kita, sebab kita pun tak boleh paksa dia menzalimi diri nya hanya sebab kita. Tak mengapa dia tak makan dengan kita selalu. Tak mengapa tak ada celebration. Asal kan kita tahu setiap kali kita sedih, dia ada menenangkan kita..”

Sepatutnya begitu.

Saya harap AEIOU lebih faham saya. Mungkin pada dia, saya dah bercerita pasal dia dengan orang lain. Tapi, niat asal saya bukan begitu.

Lepas saya dapat tahu AEIOU dah tahu pasal ni, saya hanya hantar mesej kepada Cik L. “Apa yang Cik L cakap pada AEIOU pasal cerita saya beritahu hari tu? AEIOU tanya saya tadi. Harap cerita tu tak buat dia salah faham”.

Cik L kata, dia tak kata apa. Dia cuma share benda tu dengan Encik A.

Saya nampak takde masalah di sini tapi saya tak tahu macam mana cerita ini disampaikan kepada sahabat saya, AEIOU.

Petang tadi lepas saya balik meeting, AEIOU kata, dia masih marah dan bertambah marah sebab bila saya tanya balik Cik L, Encik A pula serang dia. Serang yang macam mana, saya pun tak pasti..

Aduh…. apa yang saya dah buat ni??? Saya tak sangka perkara kecil jadi sebesar ini.

Oleh kerana saya memang salah, saya mendiamkan diri. Bukan ego. Tapi, saya tahu saya salah. Cuma, saya tak de ruang untuk jelaskan perkara yang berlaku. Tahu-tahu dah kena block.

Tak apa lah. Mungkin ada hikmah nya semua ni.

Mungkin saya perlu menjadi seorang yang tidak begitu ramah dan tak perlu berkawan dengan ramai orang. Sebab semua ni akan buat kerja-kerja saya terganggu dan saya jadi tak produktif.

Hmm..

Read Full Post »