Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Trip pi J0gja

Apa habaq semua?

Bersempena kejayaan saya dalam peperiksaan hari tu, saya nak belanja diri saya pergi melancong. Oleh kerana saya beli tiket dalam tempoh terdekat maka kos tiket saya agak mahal. Eh bukan, memang mahal. Ok lupa kan pasal harga tiket.

Saya sebenarnya tak terfikir pun nak pi melancong luar dari Malaysia, sebab negeri Kelantan, Sabah, dan Perlis pun saya tak pernah pergi. So, trip kali ni pun dirancang oleh officemates saya dan saya sebenarnya follow je memandangkan kerja-kerja ofis pun dah tak busy sangat.

Dan disebabkan saya follow je, saya tak search pun J0gja ni camne, kat mana ia terletak dalam Indonesia sana dan apa yang best kita boleh buat kat sana.

Yang pasti saya suka J0gja sebab senang nak cari surau (kat sana dipanggil musolla), toilet kat semua tempat yang saya pergi sangat bersih dan makanan sangat murah dan sedap. Takde yang saya makan kat sana tak sedap. Sampai saya cakap kat officemates saya, diorang ni semua masak memang tak derhaka dengan resepi ke apa, sebab sedap sangat. Cuma level pedas dia ada yang saya tak tahan. Tapi sedap.

Kat sana bukan tempat shopping sangat. Ada je tempat shopping tapi bukan la macam Bandung. Kat sana tempat memanjat bukit, candi, berpantai dan jarak antara satu tempat ke satu tempat yang lain agak jauh.

Kami di sana tiada tourist guide pun, tapi ada supir (driver) la. Saya rasa jauh jarak satu tempat dengan yang lain tu sangat jauh sampai saya tidur dalam kereta rasa dah lama dah, buka mata, masih lagi di atas jalan, tidur balik… buka mata pun masih di atas jalan. Haaa, gitu…

Oklah, kalau nak tanya ke mana saya merayap, saya rasa sama je dengan blog orang lain yang cerita pengalaman trip ke J0gja ni sebab kami plan perjalanan kami pun berdasarkan blog-blog yang lain.

Cuma sebagai seorang yang berbesi tertanam di dalam kaki, pergerakan saya macam memanjat candi, bukit bukau.. sebenarnya agak terhad, semua benda boleh buat tapi antara nak dengan tak nak je. Alhamdulillah, saya panjat segala benda kat J0gja sana. Dan saya pun naik gondola di Pantai Timang. No hal lah!

Hehe.

Takde gambar la nak belanja. ūüėÄ

Advertisements

Assalamualaikum semua,

Mesti pelik kan kenapa tahun ni banyak sangat posting, tak macam selalu.

Hehe. Ini adalah kerana .. saya kan dah ada bilik sendiri dalam ofis ni, dan jauh dari orang lain, maka saya boleh selalu menaip bila datang awal macam pagi ni.. Saya tak curi tulang tau.

Okay, entri hari ni adalah kesinambungan dari entri yang INI ūüôā

Akhirnya, perjalanan saya yang panjang tu telah pun sampai ke destinasinya. Insya Allah bulan November ni saya konvo. :mrgreen:

Konvo saya yang ketiga dan keempat.

Selepas 12 tahun tak naik pentas!

Alhamdulillah, terima kasih yang tak terhingga kepada Family terutamanya Mak dan Adik saya; ‘MizCikgu’ yang penat hantar saya pi exam centre walaupun sejauh mana pun saya pergi, adik-adik, Along, pihak Kolej Universiti, Bos saya, kawan-kawan ofis yang jadi pendorong tegar saya, kawan sekelas saya yang rawk; Liyana, para lecturers; Mdm Z4i, Mdm L1ni, Mdm W4nis, Mdm S4bu, Sir Lem4n, Allahyarham Mdm Z4ril4, Mdm T3ty, my academic advisor Sir R4d2i, Sir S4iful, Ms Did1, Deans (yang bertukar-tukar sepanjang saya belajar), adik-adik juniors, kawan-kawan di Exam Centre yang saya kenali setiap kali saya exam dan bertukar 3 exam centre, tutors; Sir G4ry and Ms Ch1n. Maaf jika ada yang terlupa saya senaraikan. Mungkin tak dapat saya beritahu betapa bersyukurnya saya kerana di anugerahkan orang sekeliling yang banyak memberi dorongan.

Saya gembira dan hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana saya pernah nak quit kerana 6 kali amik paper CS; the main paper untuk ICSA, 3 kali amik paper CA, the killer paper of ICSA, 2 kali repeat paper CF; paper yang paling saya tak suka dan rasanya tak relevant nak kena amik paper ni dan pernah kecewa dah ber ia-ia nak amik exam selepas 6 bulan belajar tetapi tak boleh masuk dewan exam sebab kolej lupa nak daftarkan saya!

Terima kasih MARA. Terima kasih KWSP Akaun 2 (hehehe).

 

Saya nak amik master. Tengah cari-cari nak buat master apa. Bosan lah lepas ni sebab dah habis belajar kan!

Teringin

Masa saya kecik-kecik dulu..saya jarang dapat benda yang saya mahu.

Kawan-kawan makan KFC, saya tak pernah makan, sebab Ayah saya kata goreng ayam sendiri kat rumah pun dah boleh buat macam KFC.

Kawan-kawan pergi rombongan sekolah naik bas ke Cameron Highlands masa darjah 4, saya tak pergi sebab bayaran untuk rombongan mahal. Ayah saya kata nanti pergi dengan family lagi best.

Kawan-kawan beli makanan di kantin, saya tak. Mak saya datang setiap kali waktu rehat sebab rumah saya dekat dengan sekolah, dan Mak saya bawa makanan, datang dengan 3  orang adik-adik saya yang kecil. Kami makan di pondok sebelah padang sekolah.

Kawan-kawan beli permainan kad macam Happy Family, Donkey, Saidina, saya pinjam sekolah punya je, itu pun lepas bulan peperiksaan.

Sebab, Ayah dan Mak saya tak begitu mampu nak layan semua kehendak anak-anak mereka. Ahli keluarga saya 10 orang.

Pertama kali saya makan KFC ialah bila kakak saya dapat gaji pertama. Masa tu saya dah umur 13 tahun. Masa tu saya duduk asrama, dan selepas tu ramai pula kawan-kawan nak belanja KFC.  Rupanya ayam KFC sangat besar dan banyak sangat isi. Takde lah best sangat. Setiap kali makan, saya akan ambil bahagian yang paling kecil sebab muak.

Pertama kali saya pergi Cameron Highlands pun masa saya dah habis sekolah, pada umur nak masuk 18 tahun. Sekali lagi dengan ihsan gaji kakak saya. Dan kami sepuluh orang menginap di motel bajet yang berharga RM 20 semalam di Brinchang. Kami anak-anak perempuan tidur 6 orang di atas katil bersaiz queen beramai-ramai dengan Mak. Ayah serta adik-adik lelaki saya tidur di atas kerusi beralas selimut. Tapi memang seronok.

Masa saya masuk sekolah menengah, saya dah jadi jarang nak pergi ke kantin sebab saya tapau makanan dari Dining Hall asrama setiap hari. Kalau saya tak tapau, saya makan roti yang saya beli dari Koperasi Sekolah atau makan sup berdua dengan kawan saya.

Pertama kali kami beli permainan kad macam Donkey dan Happy Family adalah pada umur saya 13 tahun. Itupun seminggu tak belanja sebab nak kumpul duit nak beli permainan. Saya kan duduk asrama, jadi belanja saya lebih sikit dari adik-adik yang tinggal di rumah. Saya ditugaskan beli kad Happy Family, dan kami pau kakak saya untuk beli kad Donkey sebab masa tu kakak saya dah habis sekolah dan dah bekerja part time sementara tunggu result SPM keluar. Pertama kali saya beli permainan Saidina sendiri ialah pada umur 27 tahun. Dan permainan tu masih ada tersusun rapi di almari sebab masa tu adik-adik saya dah besar dan kami ada juga main sekali sekala. Ada sekali tu, beberapa tahun lalu, saya saja masukkan sekepul duit seratus Saidina dalam wallet adik saya sampai dia terkejut buka wallet di pasaraya masa nak pergi bayar di kaunter.

Sekarang, saya mampu je nak beli benda-benda tu selalu, tapi dah tak berapa seronok dan dah tak teringin sebab ramai ahli keluarga saya ramai yang dah berkahwin dan berkeluarga. Kami tinggal 4 orang sahaja di rumah. Yang ada di rumah ni pun, masing-masing duk mengadap telefon pintar dan komputer masing-masing. Punya lah tak bersosial.

Rindu nya zaman dulu. Walaupun kami agak susah tapi kami dulu sentiasa seronok duduk beramai-ramai dalam rumah kecil dan berebut-rebut mainan dan kadang-kadang berebut makan. Masa tu walaupun sekali sekala bergaduh manja, hubungan kami rapat dan kami macam kawan-kawan walaupun dengan Mak dan Ayah.

Rindu nya.

Rindu nya.

Alfatihah untuk arwah Ayah saya.

 

 

 

 

Lesen

Hai semua.

Err..Assalamualaikum.

Pertamanya, tahniah untuk diri saya sendiri. (Drum roll…)

Kerana saya dah ada lesen professional sendiri selepas.. 13 tahun berhempas pulas menjadi pekerja yang rajin dan amanah serta comel. HAHA. Bengong lah saya ni.

Keduanya, tahniah juga kerana saya dah ada bilik sendiri di ofis. (Drum roll double double)..

Tapi jauh sikit daripada orang lain. Komen pertama yang saya dapat ialah .. saya semakin lambat bekerja sebab staf saya tiada di depan mata. Sebenarnya mereka tak tahu yang saya suka buat kerja sendiri berbanding memerintahkan staf untuk lakukan beberapa perkara untuk saya. Baik kan saya?

Ketiga nya.. sebenarnya saya nak dapatkan lesen ni pun cukup susah sebab dah banyak kali saya gagal interview dan akhirnya saya dapat pun dengan cara paling susah dan mahal. Alhamdulillah, berbaloi pengorbanan saya selama ini.

Nak belanja gambar, tapi.. nanti lah.

Hehe.

Peak period

Sekarang ni adalah peak period. Oh, bukan period yang datang bulan tu.. hohoho.

Hiks.

Sekarang ni kerja menimbun-nimbun. Ya, saya tahu, kerja banyak menandakan saya masih lagi ada kerja dan tidak menganggur. Alhamdulillah.

Tapinya, kerja itu sangat banyak dan serius ia memang menimbun. Dan saya tak cukup kaki-tangan-jari-hidung-mata nak buat semua tu kalau saya sendiri. Saya telah dihadiahkan oleh bos dua orang pembantu yang serius rajin.

Rajin bertanya.

Ya memang bagus tapi saya letih menjawab. Ya Allah, kuatkan hati saya selalu, Ya Allah.

Semalam saya habis buat kerja jam 3 pagi. Pagi tadi ada half-day seminar. Lepas tu, berlari kejap pi KL Sentral untuk buka akaun SSPN untuk adik saya. Err.. taklah berlari … memecut dengan kereta lah.

Rasa letih pula.

Cepatlah berlalu wahai peak period. Saya nak pi bercuti lepas habis semua ni!!

 

Jangan percaya

Hai. Assalamualaikum.

Apa yang anda terfikir  bila:

A mengadu kat anda pasal B. Anda dengar je, tapi angguk-angguk tanda faham. Then tetiba B datang serang anda cakap A kata.. anda banyak komplen pasal B.

or

Anda tengok C dan D macam rapat je berdua. Ke hulu, ke hilir bersama. Tetiba bila anda sedang duduk berdua dengan C.. C cakap macam macam pasal D. Kaw kaw kutuk punya.

or

E dengan F kawan baik. Tapi E bagi tau anda yang F tu tak boleh dipercayai. F pun cakap benda yang sama, yang E tu tak boleh dipercayai.

Dalam fikiran saya, saya rasa.. orang macam ni adalah jenis tak boleh di buat kawan.. Tolong lah jauhi orang orang macam ni.

Sebenarnya, jangan lah percaya sesiapa pun. Manusia ni rambut je sama hitam.. Dalam hati kita tak tahu.

Saya tiada kawan baik di pejabat. Saya datang ofis untuk siapkan kerja, berkongsi ilmu yang boleh dimanfaatkan dan kurangkan masa untuk mencari kekurangan orang lain. Saya tahu apa perasaannya dikritik.

Kalau lah ditakdirkan A atau B, C atau D, E atau F terbaca entri ni bila-bila.. saya nak titipkan satu pesanan.. Banyakkan masa untuk Allah, dan kurangkan perasaan yang negatif kepada manusia lain.

Ingat tu.

 

 

Tahun baru lagi

Hai selamat tahun baru, semua..

Bila masuk tahun baru, saya terus akan meningkatkan umur tanpa menunggu hari ulangtahun kelahiran saya. Sebab tak ramai yang tahu pun bila saya lahir. Jadi, lebih baik begitu.

So, sekarang umur saya ialah 35 tahun. Masih muda, bukan?

Sepatutnya saya perlu banyak memikir pasal mati. Ya lah, kita tak tahu nak mati bila. Kalau ditakdirkan umur saya sehingga 70 tahun, sekarang telah memakan separuh dari umur tersebut. Abis tu, kalau tak sampai 60 tahun umur saya? Sekarang dah lebih dari separuh dah tu.. (Ni lah akibat selalu bermain dengan nombor-nombor..)

Apa yang dah saya capai pada umur sekarang?

Saya dah ada 4 anak buah. 3 almari buku, lebih rajin menaip entri di blog (HAHAHAHAHAHAHAHA) Dan ada baju sejuk baru beli tapi belum pakai. Sebab ofis selalu nya tak sejuk jadi buang masa je pakai. Hehe.

Saya rasa macam nak pegi Sabah atau Kelantan, berjalan-jalan. Tapi, masih belum ada perancangan. Tu impian je.

Cumanya, saya dapat rasa kan tahun 2016 akan memberi banyak memori yang lebih baik untuk saya dan orang-orang sekeliling saya.

Tahun baru juga adalah time untuk orang cari kerja baru atau berhenti kerja. Ada seorang kenalan saya di ofis bakal berhenti kerja.  Bagus lah dia resign. Kurang dosa saya merungut pasal dia selalu.

Dan..

Dua orang kawan di associate firm kami bakal berhenti kerja untuk set up firma sendiri. Muda-muda dah ada firma sendiri. Bos saya pun sendiri, buka firma pada umur 32. Saya dah ketinggalan 3 tahun dah pun. Sebenarnya, saya dilahirkan untuk tidak berniaga sebab saya tak pandai berniaga. Saya suka kerja dan terima gaji setiap bulan.

Sebenarnya banyak bezanya bila kita kerja untuk duit dengan kerja kerana ikhlas bekerja.

Ikhlas memang ikhlas.. tapi lagi bagus kalau ada orang tahu hargai apa yang kita buat dengan sewajarnya.

Ya kan?

Tahun baru juga bermakna ada bonus dan ada increment gaji. Rasa bersemangat nak kerja rajin-rajin kalau ada semua ni. Sepanjang 12 tahun lebih saya kerja. tak pernah sekali pun saya datang lambat. Harap ada elaun extra untuk orang-orang yang tak pernah lewat datang kerja macam saya ni. Hehe.

Tahun baru juga sepatutnya ada azam baru. Azam saya… ah rahsia lah. haha.

Ok, selamat tahun baru untuk semua orang. Semoga tahun baru 2016 adalah lebih baik untuk anda semua.