Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for Oktober 2013

Labbaik Allah Humma Labbaik.

Pelik saya ni. Entri raya puasa takde. Entri raya haji, ada pulak.

Anyway, Selamat Hari Raya, semua…

Saya sangat suka raya haji. Ayah saya lahir pada hari raya haji. Sebab tu, nama ayah saya _____________. Hehe. Saya takmo taip nama ayah saya. Kalau korang google nama dia, mesti semua orang tau siapa saya. Hehe. Saya pernah buat carian google nama ayah saya, yang keluar di enjin carian, semua nama adik beradik saya je.

Nama ayah saya bukan lah satu-satunya di dunia ni, ada yang sama sikit dan kebanyakannya hampir sama. Kalau nama penuh ayah saya, sumpah memang dia sorang je di dunia ni. Kalau nama separuh maybe ada yang sama. Tapi, arwah nenek memang ada cakap, beliau bagi nama ayah saya macam tu sebab ayah saya lahir di pagi raya haji.

Nama saya pulak, __________.

🙂

Nama saya macam kontra sangat dengan nama ayah saya. Nama saya macam kebaratan sikit (Uwekkkkk..:-~~~~~~). Okey, saya tahu awak semua nak muntah baca pernyataan ayat di atas. Maafkan saya, saya ter.. riak.

Ayah saya sangat pandai masak (tetapi beliau bukan lah seorang chef) dan beliau dah turunkan ilmu masakan beliau pada kami sekeluarga.

Okeylah, kepada yang mengenali saya, jemputlah datang ke rumah di hari raya pertama kerana saya ada banyak menu untuk santapan tetamu saya di Aidiladha.

Sekian.

Read Full Post »

Assalamualaikum..

Sebenarnya, saya bukannya dah tidak mahu menaip di sini. Tapi, percaya atau tidak, selain di ofis, saya jarang mengadap komputer. Kalau balik kerja, biasanya saya tidur awal.

Kan ke saya dah jadi budak sekolah semula..

Saya pergi kelas pada waktu petang. Mula-mula semester, kelas saya 4 hari seminggu. Tapi, disebabkan kekangan masa, saya buat 2 hari seminggu, lebihkan waktu belajar dan ambil 3 jam awal dari waktu sebenar. Contohnya, sepatutnya kelas saya 4.30 – 7 malam, tapi, hari rabu dan Khamis saya keluar daripada ofis jam 1.30 tengah hari. So, sehari dapat buat 2 kelas.

Saya dah diskas dengan Bos. Alhamdulillah, Bos saya benarkan saya buat macam tu. Jadi, bila balik rumah, macam nak mati cari katil. Penat lah, konon!

Saya hanya ambil 2 subjek. (Tu pun macam dah nyawa-nyawa ikan). Dan, sistem pelajaran saya tak macam orang lain, ada carry marks lepas buat assessment, assignment bagai. Saya hanya akan ada Final exam 100%.

Jadi, sebagai langkah persediaan, lecturer saya nak biasakan kami dengan exam, so kami ada MOCK EXAM !

Dengar nama exam je, macam dah gerun, walaupun tu mock aje. Seriously, rasanya takde masa nak main-main dah. Rasanya macam gerun nak pergi final exam.

Hari tu ada Test 1. saya dapat 96% untuk subjek A dan 48% untuk subjek B. Sebenarnya, saya sangat suka subjek B berbanding subjek A. Tapi, subjek B tu perlukan saya berfikir di luar kotak. Kalau nak ikut kan.. tak perlu baca buku pun tak apa sebab soalan tu macam soalan general yang semua orang boleh fikir. Memang dalam buku ada point-point dan hint-hint untuk semua tu cuma kena apply pada soalan yang betul. Saya salah apply, so tu kira gagal lah!

Saya harap bila mock exam saya boleh buat sehabis mungkin.

Rasanya perasaan saya sekarang lagi dahsyat daripada perasaan saya nak ambil exam kat uni 10 tahun dulu. Dan, lebih dup dap daripada time saya temuduga dan ambil lesen professional kerjaya 7 tahun lepas. Haishh..

Doakan saya boleh buat ya.

Read Full Post »